FictionAuthorFollow  panda(s)

Behind That Smile [Oneshot]


Butang ‘buka’ ditekan, lantas pintu di hadapan ditolaknya kuat. Baru sahaja kaki memulakan langkah, nada dering telefonnya berbunyi mengejutkan suasana; menandakan satu mesej telah masuk. Skrin telefon bimbit tersebut dinyalakan – memaparkan jam di bahagian atas kekunci skrin tepat pukul dua pagi. Tanpa berlengah, mesej yang baru masuk tadi dia buka.

‘Awak dekat mana?’

Gadis itu tersenyum. Lalu jari jemari pantas menaip kembali jawapan, sebelum kembali meneruskan langkah.

‘Dekat pintu belakang. Sekejap lagi saya sampai.’



Tangan mereka digenggam erat, sambil berjalan menyusuri Han River. Sekali-sekala cahaya lampu di sepanjang jalan samar-samar menyinari ke arah mereka, dan setiap ketika itulah si gadis itu akan cuba untuk menatap ke arah teman lelakinya itu. Jelas terpancar senyuman di wajahnya dan secara tidak langsung membuat dirinya untuk tersenyum bersama.

Tiada satu perkataan pun yang dapat menggambarkan perasaannya, kerana dia merasakan sesuatu yang amat berbeza setiap kali bersama dengan lelaki yang dicintainya itu.

Byun Baekhyun.

Lelaki itulah satu-satunya yang berjaya mencairkan dan menawan hatinya setelah bertahun-bertahun dia cuba untuk melarikan diri dari cinta.

Dan lelaki itulah satu-satunya yang boleh membuat jantungnya berdegup kencang dan gementar tanpa mengenal waktu.

Walaupun jejaka itu jauh lebih muda darinya, namun dia tetap tidak berputus asa untuk menawan hati gadis itu. Kerana dia tahu, tiada yang mustahil selagi dia masih boleh berusaha.

Dan kerana itulah, gadis itu akhirnya mengalah dan mengambil keputusan untuk terus berhenti melarikan diri. Kerana dia tahu, jejaka itu amat tulus mencintainya, dan bahawa dia tidak harus melepaskannya pergi.

Tetapi kadang-kala, perasaan tidak yakin muncul tanpa dia duga.



“Baek.”

“Hm?”

Dia memberhentikan langkah. Lantas wajah jejaka itu dia tatap.

“Why don’t we just... break up?”

Jejaka itu ketawa perlahan. “Again? Why?”

Dia terdiam sejenak. “I don’t know. It’s just... I think it’s better if we just break up and be like before. I mean, it’s not like we’re not going to see each other again.”

“You said it yourself that we actually have no reason to not see each other, so why? Awak dah tak tahan ke?”

Keluhan kecil dilepaskan. “It’s not about me, Baek. It’s about you.” Dia terdiam sekali lagi. “I’m just worried about you.”

Because I know that many of our fans hated us, and you were the ones who received the hate the most. And because I know that when you smile, you’re actually hurting inside.

“What’s the point of breaking up if I’m still going to treat you the same?”

Lidahnya kelu.

“And you’re okay with it? You’re okay with all of these?”

Mata gadis itu ditatap. Mencerminkan insecurity jelas dalam dirinya.

“Why? You don’t trust me?”

Kedua belah tangan gadis itu diusap lembut, meyakinkan.

“Although I’m still young and new, I know I can handle this. I know I shouldn’t, but I need to. Saya tahu saya perlu hilang sesuatu untuk dapatkan sesuatu. And I'm willing to accept all of this and at the same time, I work myself harder to be accepted.”

You’re more than this, Baek. I know you would hold on, but still – it’s hard to see you like this.

Gadis itu menarik nafas dalam, sebelum kembali bersuara.

“Then, what about your fans?”

Jejaka itu tersenyum. Mungkin kelihatan sedikit kelat, tetapi masih manis. Seolah-olah perkara itu tidak langsung merunsingkannya.

“It’s normal to lose fans. I know I will lose them sooner or later. Like I said, I need to lose something in order to gain something. By losing my fans, I get to love you. It’s not like I don’t cherish my fans  I do, more than anything in this world. But, I love you too.”

“Loving you makes me love myself more, and that’s why I choose to love. By loving you, I get to love myself  and by that, I get to love my fans even more.”

Tangan yang digenggam erat itu, kini beralih ke pipi yang kecil itu. Lantas jejaka itu tersenyum nipis, memandang tepat ke arah anak matanya.

“Are you happy?” perlahan gadis itu bertanya.

“Are you kidding me? Of course I am,” senyumannya dilebarkan sebelum menyambung, “Even though I did got hurt in the process – but that’s what life is. I have support from my members, love from my fans, and now – I have you.”

Tangan dari pipi dialihkan, membiarkan pipi yang sebentar tadi hangat terus dingin disentuh angin malam. Gadis itu memandang ke bawah, tidak sanggup lagi untuk bertentangan mata dengannya. Rasa bersalah semakin menyelubungi diri.

“Hey,” tangan yang erat menggeggam, pantas menyambut dagu yang semakin jatuh itu. Lantas anak mata kembali ditatap.

“I choose you. I choose to get hurt. I choose to love my life. Even if we break up someday, I will find you, I will run to you, and I will love you again. That love, I can promise you.”

Lampu di sepanjang jalan menyinar lembut – cukup untuk si gadis menatap anak mata jejaka itu. Walaupun lelaki itu tersenyum, tetapi perasaan yang disimpan jauh di sudut hatinya itu jelas kelihatan di matanya.

He’s still hurting inside.

Perasaannya bercampur-baur, namun dia cuba untuk senyum. Tangannya kemudian melingkar di pinggang jejaka itu, memeluknya erat. Sang pria tersebut membalas, dengan memeluk bahu wanita tersebut. Sebelah tangan mengusap lembut kepalanya – sambil tersenyum.

Though he’s trying his best to smile to the world, she’s the only one who knows the true meaning behind his smile.


Is it just me, or are the dialogues are very awkward to read? e.e